Example

Left to right...

Saturday, February 11, 2017

PERUTUSAN PENGETUA


Bismillahirrahmaanirrahim,



Assalaamualaikum warahmatullaahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah (SWT) kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan laman sesawang sekolah ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Laman web sekolah  kerana telah berjaya membina laman maya untuk sekolah ini. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat melayari Laman Sesawang Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum. Dengan adanya Laman Sesawang ini, diharapkan dapat memberi maklumat serta infomasi berguna kepada yang melayarinya tentang visi dan misi serta segala aktiviti sekolah  yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di sini. Seterusnya saya ingin menyatakan bahawa ada empat pendekatan yang menjadi hala tuju SMK Dang Anum, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan kokurikulum, Pembangunan sahsiah dan pembangunan EQ. Sehubungan dengan ini semua pihak termasuk warga pendidik, Staf, para pelajar serta PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum berganding bahu di dalam menjayakan hala tuju sekolah ini.
Sebelum mengakhiri kata-kata ini, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melayari Laman Sesawang Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum.
Semoga tuan/ puan mendapat maklumat daripada paparan laman sesawang.  Akhir kata ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merialisasikan laman sesawang ini. Semoga Allah (SWT) memberkati usaha murni ini.
Terima Kasih.


Tn Haji Hassan Bin Yahaya
Pengetua 
Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum
Merlimau Melaka


0 comments:

Post a Comment